KPR 3012 SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

Monday, 16 May 2016

Video Montaj Perbentangan


Faktor Pelaksanaan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Inovasi dapat memberi kesan kepada penambahbaikan, meningkatkan kualiti pendidikan dan mampu menjadi alat atau cara baru dalam mengatasi masalah yang dihadapi dalam bidang pendidikan. Melalui inovasi, kaedah pembelajaran yang baru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat membantu untuk meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan lagi, inovasi dalam aspek teknologi juga perlu diambil kira agar dapat membantu untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Penggunaan teknologi seperti i-think, Frog-VLE dan sebagainya mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan efektif. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi inovasi dalam pendidikan dapat diterangkan melalui rajah di bawah;


 Guru
Guru merupakan individu yang menjadi tunjang dalam pelaksanaan pendidikan. Kewibawaan guru adalah sangat penting menentukan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Guru harus bijak dalam mendorong murid untuk mencapai objektif dalam pelajaran. Seorang guru yang berkaliber seharusnya mahir dalam menguasai material pembelajaran, menggunakan kaedah yang sesuai dengan objektif pelajaran dan memiliki kemahiran interpersonal yang baik.

      Oleh hal yang demikian, guru perlu seharusnya melibatkan diri dalam merangka atau merancang inovasi dalam PdP. Pelaksanaan yang diikuti dengan penilaian inovasi yang dilakukan adalah sangat penting bagi memastikan inovasi tersebut berjaya dilaksanakan. Hal ini adalah sangat penting kerana tanpa melibatkan guru dalam proses merangka inovasi dalam PdP di dalam bilik darjah, guru akan menolak inovasi yang diperkenalkan kepada mereka. Hal ini demikian kerana apabila sesebuah inovasi dilakukan tanpa melibatkan para guru, mereka akan menganggap inovasi ini sebagai sesuatu yang menyusahkan dan mengganggu mereka dalam menjalankan tugas mereka sebagai pendidik. Oleh itu, inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran seharusnya mengutamakan penglibatan guru itu sendiri kerana mereka lebih faham prospek dalam bidang yang mereka ceburi.

Murid
Sebagai tumpuan utama dalam bidang pendidikan, murid mempunyai peranan yang sangat dominan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menentukan keberhasilan sesuatu sesi PdP melalui kecerdasan murid, pengalaman, keinginan dan komitmen yang timbul dalam diri mereka tanpa paksaan. Hal ini berlaku apabila murid-murid juga dilibatkan dalam proses merangka inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) walaupun dengan memperkenalkan kepada mereka objektif pelaksanaan inovasi daripada tahap perancangan sehinggalah pelaksanaan. Mereka juga harus dijelaskan tentang tanggungjawab bersama dalam pelaksanaan ini agar inovasi dalam PdP  dapat berjalan dengan konsisten.

      Peranan murid dalam inovasi PdP adalah sangat penting kerana mereka ialah individu yang menerima pelajaran dan penyampai ilmu pelajaran kepada rakan-rakannya yang lain. Oleh itu, pengenalan tentang inovasi dalam PdP  adalah sangat penting kepada murid agar mereka dapat membantu untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Kurikulum
Menurut Akta Pendidikan 1996, Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Hal ini menunjukkan bahawa kurikulum di sekolah adalah sangat penting dalam pelaksanaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

       Oleh itu, pembaharuan dalam pendidikan perlu sesuai dengan kurikulum sekolah dan kemudian barulah diikuti dengan pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika hal ini berlaku, kedua-duanya akan selari dengan aspek-aspek lain dalam pendidikan.

Kemudahan
Kemudahan tidak seharusnya diabaikan khususnya ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan di sekolah seperti bilik darjah dan makmal komputer sudah pastinya akan mempengaruhi kelangsungan inovasi yang ingin diterapkan. Tanpa wujudnya kemudahan yang kondusif, pelaksanaan inovasi dalam pendidikan mungkin akan pincang. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas berada dalam keadaan baik agar murid dapat menerima isi pelajaran dalam keadaan yang selesa. Tidak lupa juga kepada keperluan tambahan lain seperti alat pemancar (projector) dan tabir putih seharusnya berada dalam keadaan baik agar sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dapat dijalankan.


Biodata Sekolah Praktikum



Nama sekolah                             :   Sek. Men. Keb. Bukit Jana
Alamat                                        :   Jalan Batu 4 ½ 34600, Kamunting, Perak Darul 
                                                         Ridzuan.
Pengetua                                     :    Pn. Hjh.Roslini bt Razali
Penolong Kanan Pentadbiran     :    En. Ab. Rahman bin Ibrahim
Penolong Kanan HEM               :   En. Ab Ghafur bin Osman
Penolong Kanan Kokurikulum  :    Pn. Latifah bt. Ahmad
Penolong Kanan Petang             :    Pn. Zaiton bt Abdullah
Guru Pembimbing                      :    Cik Rokiah bt. Hashim
No.Telefon                                 :    05-8829230
No.faks                                       :    05-8837139
Visi Sekolah                               :    SMK Bukit Jana akan menjadi sekolah cemerlang  
                                                         dan terbilang di Daerah larut Matang dan Selama
                                                        
Misi Sekolah                               :   Untuk merealisasi visi SMK Bukit Jana akan memastikan misi berikut terlaksana dengan   jayanya. Mencapai kecemerlangan dalam Kurikulum, mencapai kecemerlangan dalam ko-kurikulum, mewujudkan sahsiah pelajar yang berakhlak mulia, menjadikan sekolah bersih, ceria dan selamat  dan mewujudkan sekolah yang harmonis dengan masyarakat tempatan.
Moto                                           :    Cemerlang Berterusan

Email Sekolah                            :     smkbjana.edu.my