KPR 3012 SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR
KPR 3012 SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR
Thursday, 19 May 2016
Wednesday, 18 May 2016
Monday, 16 May 2016
Faktor Pelaksanaan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Inovasi dapat memberi kesan kepada penambahbaikan, meningkatkan kualiti
pendidikan dan mampu menjadi alat atau cara baru dalam mengatasi masalah yang
dihadapi dalam bidang pendidikan. Melalui inovasi, kaedah pembelajaran yang baru
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat membantu
untuk meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan lagi, inovasi
dalam aspek teknologi juga perlu diambil kira agar dapat membantu untuk
meningkatkan kualiti pendidikan. Penggunaan teknologi seperti i-think, Frog-VLE
dan sebagainya mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan
efektif. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi inovasi dalam pendidikan dapat diterangkan melalui rajah di bawah;
Guru
Guru merupakan individu yang menjadi tunjang dalam pelaksanaan pendidikan.
Kewibawaan guru adalah sangat penting menentukan kelangsungan proses pengajaran
dan pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Guru harus bijak
dalam mendorong murid untuk mencapai objektif dalam pelajaran. Seorang guru
yang berkaliber seharusnya mahir dalam menguasai material pembelajaran,
menggunakan kaedah yang sesuai dengan objektif pelajaran dan memiliki kemahiran
interpersonal yang baik.
Oleh hal yang demikian, guru perlu
seharusnya melibatkan diri dalam merangka atau merancang inovasi dalam PdP.
Pelaksanaan yang diikuti dengan penilaian inovasi yang dilakukan adalah sangat
penting bagi memastikan inovasi tersebut berjaya dilaksanakan. Hal ini adalah
sangat penting kerana tanpa melibatkan guru dalam proses merangka inovasi dalam
PdP di dalam bilik darjah, guru akan menolak inovasi yang diperkenalkan kepada
mereka. Hal ini demikian kerana apabila sesebuah inovasi dilakukan tanpa
melibatkan para guru, mereka akan menganggap inovasi ini sebagai sesuatu yang
menyusahkan dan mengganggu mereka dalam menjalankan tugas mereka sebagai
pendidik. Oleh itu, inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran seharusnya
mengutamakan penglibatan guru itu sendiri kerana mereka lebih faham prospek
dalam bidang yang mereka ceburi.
Murid
Sebagai tumpuan utama dalam bidang pendidikan, murid mempunyai peranan yang
sangat dominan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menentukan
keberhasilan sesuatu sesi PdP melalui kecerdasan murid, pengalaman, keinginan
dan komitmen yang timbul dalam diri mereka tanpa paksaan. Hal ini berlaku
apabila murid-murid juga dilibatkan dalam proses merangka inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) walaupun dengan memperkenalkan kepada mereka
objektif pelaksanaan inovasi daripada tahap perancangan sehinggalah
pelaksanaan. Mereka juga harus dijelaskan tentang tanggungjawab bersama dalam
pelaksanaan ini agar inovasi dalam PdP dapat berjalan dengan konsisten.
Peranan murid dalam inovasi PdP adalah sangat penting kerana mereka ialah
individu yang menerima pelajaran dan penyampai ilmu pelajaran kepada
rakan-rakannya yang lain. Oleh itu, pengenalan tentang inovasi dalam PdP adalah sangat penting kepada murid agar mereka
dapat membantu untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
Kurikulum
Menurut Akta Pendidikan 1996, Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program
pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek serta untuk menanam dan mempertingkatkan
nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Hal ini
menunjukkan bahawa kurikulum di sekolah adalah sangat penting dalam pelaksanaan
inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Oleh
itu, pembaharuan dalam pendidikan perlu sesuai dengan kurikulum sekolah dan
kemudian barulah diikuti dengan pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jika hal ini berlaku, kedua-duanya akan selari dengan aspek-aspek lain dalam
pendidikan.
Kemudahan
Kemudahan tidak seharusnya diabaikan khususnya ketika menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan di sekolah seperti bilik darjah dan makmal komputer sudah pastinya akan
mempengaruhi kelangsungan inovasi yang ingin diterapkan. Tanpa wujudnya
kemudahan yang kondusif, pelaksanaan inovasi dalam pendidikan mungkin akan
pincang. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas berada
dalam keadaan baik agar murid dapat menerima isi pelajaran dalam keadaan yang
selesa. Tidak lupa juga kepada keperluan tambahan lain seperti alat pemancar
(projector) dan tabir putih seharusnya berada dalam keadaan baik agar sesi
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dapat dijalankan.
Biodata Sekolah Praktikum
Nama
sekolah : Sek. Men. Keb. Bukit Jana
Alamat : Jalan Batu 4 ½ 34600, Kamunting, Perak
Darul
Ridzuan.
Ridzuan.
Pengetua
: Pn. Hjh.Roslini bt Razali
Penolong
Kanan Pentadbiran : En. Ab. Rahman bin Ibrahim
Penolong
Kanan HEM : En. Ab Ghafur bin Osman
Penolong
Kanan Kokurikulum : Pn. Latifah bt. Ahmad
Penolong
Kanan Petang : Pn. Zaiton bt Abdullah
Guru Pembimbing : Cik Rokiah bt. Hashim
No.Telefon : 05-8829230
No.faks : 05-8837139
Visi
Sekolah : SMK Bukit Jana akan menjadi sekolah
cemerlang
dan terbilang di Daerah larut Matang dan Selama
dan terbilang di Daerah larut Matang dan Selama
Misi Sekolah : Untuk merealisasi visi SMK Bukit Jana akan
memastikan misi berikut terlaksana dengan
jayanya. Mencapai kecemerlangan dalam Kurikulum, mencapai kecemerlangan
dalam ko-kurikulum, mewujudkan sahsiah pelajar yang berakhlak mulia, menjadikan
sekolah bersih, ceria dan selamat dan
mewujudkan sekolah yang harmonis dengan masyarakat tempatan.
Moto
: Cemerlang Berterusan
Email
Sekolah : smkbjana.edu.my
Subscribe to:
Posts (Atom)